-

Wednesday 27 February 2013

KISAH PEMUDA YANG TERLIHAT AURAT WANITA ! !

kali ini mari kita selami kisah pemuda ahli syurga yang sangat tawadu' dan berhati mulia..
selamat membaca dan menghayati


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,
~~~
Kisahnya berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.
Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam.
Pemuda ini terlalu baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang syurga,
dia akan segera menangis kerana merindui syurga Allah,
dan ketika Rasulullah s.a.w menceritakan tentang neraka pula,
dia juga segera akan menangis kerana takutkan api neraka Allah.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah mengamanahkan kepada pemuda itu satu bungkusan untuk disampaikan kepada seseorang dihujung bukit.
Pemuda Ansar itu menerima tugas dari rasulullah s.a.w itu dengan gembira.
Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w.
Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan tugasan yang diberi Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya.




Ketika melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.
Pemuda tersebut terlihat akan seorang wanita.
Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar dan memalingkan wajahnya.
Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.

Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Dia yakin Rasulullah s.a.w akan mendapat wahyu daripada Allah.
Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah s.a.w kerana rasa berdosa.
Pemuda itu melarikan diri di kawasan bukit-bukit diantara Makkah dan Madinah.

Selama 40 hari pemuda itu tidak pulang.
Rasulullah s.a.w khuatir tentang keadaannya.
Malaikat Jibril a.s turun memberitahu Rasulullah s.a.w tempat pemuda itu berada.
Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang.
Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa :


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,


Rasulullah s.a.w memujuknya untuk pulang.
Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah s.a.w.
Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita.
Lalu Rasulullah s.a.w memujuknya dengan membacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah.
Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya."
Ayat itu bermaksud,

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami daripada seksa neraka ..."
Tatkala Rasulullah sudah membacakan doa dari surah al-Baqarah itu,
pemuda itu jatuh pengsan.
Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan,
jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasulullah s.a.w menyebut api neraka. Dia tebayangkan seksaan neraka yang teramat dahsyat.



Tidak lama selepas dia pulang, pemuda itu jatuh sakit.
Rasulullah s.a.w tahu sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah.
Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaan baginda,
seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit.

Lelaki itu menghalang Rasulullah s.a.w daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda.
Katanya, "Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku.
Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih. "
Rasulullah menitiskan airmata kerana begitu terharu dengan ketakwaan pemuda itu.
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu.
Pemuda itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisi-Nya,
bolehkah engkau tanyakan kepada Allah,
apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?"



Rasulullah s.a.w berdoa dan turunlah Jibril a.s menyampaikan berita :
"Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu.
Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun,
lalu dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah,
maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga!"






Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah,
pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semasa jenazah pemuda tersebut dibawa untuk dikebumikan,
Sahabat terpandang Rasulullah s.a.w berjalan terjengket-jengket.
Sahabat bertanyakan, apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca?
Lalu Rasulullah SAW menjawab,
"Bukan wahai sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri.
Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak.
Aku berjalan begini kerana terlalu sesak.
Aku terpaksa berjalan begini kerana ...
tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini.
Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa.
Dia seorang lelaki penghuni syurga. "

~~~
Itulah kisah hidup seorang pemuda hebat.
Betapa takutnya dia dengan azab Allah s.w.t walaupun dia tidak sengaja terpandang aurat wanita itu.
Namun dia merasakan dirinya tetap bersalah yang teramat sangat,
dan kerana ketakutannya terhadap azab Allah,
sehingga menyebabkan ajal menjemputnya dipangkuan baginda rasulullah s.a.w yang mulia..



Semoga kita tidak tergolong dikalangan manusia yang lalai..


Monday 25 February 2013

jaga mulut ! !

Assalamualaikum dan bismillah..

adakah kita tuhan,sehingga kita sudah biasa menidakkan hak manusia lain untuk hidup bertuhan.
ya..kita sudah biasa menghakimi manusia lain yang sama seperti kita.banyak keadaan yang membuatkan kita seolah-olah melebih-lebih dalm berbicara.

contohnya :

"hey..orang bodoh macam kau ni mane layak nak hidup..kau mesti gagal dalam hidup kau nanti..mase depan kau gelap ! !"

"aku benci betul dengan mamat sorang tu..die nak tunjuk alim pulak dekat sini.nak beramal tapi menunjuk..tuhan tak redha la dengan hidup die tu"

"kalau perangai dah buruk tu..tak payah nak nasihat orang lain lah..muke kau tu dah sah-sah jadik bahan bakar api neraka ! !"
jaga mulut anda

ya..situasi ini sudah selalu dan sudah dihadam..tapi dimana letaknya Allah dihadapan kita ketika kita mengungkapkan kata-kata itu..secara zahirnya ianya cuma kata-kata yang hilang setelah mulut ditutup,namun secara hakikatnya kita membelakangkan sifat Rahman dan Rahim Allah pada hambanya.

IHSAN DALAM DIRI


ihsan dalam diri bermaksud merasakan keberadaan Allah disetiap saat hembusan nafas kita..setiap ibadah kita dirasakan seakan-akan kita melihat Allah,dan kita melihat Allah..tidak perlulah untuk kita mempertikaikan dimana Allah kerana ianya adalah perkara mutasyabihat tapi pertikaikanlah dimana Allah didalam hati kita

sungguhpun coretan kali ini begitu ringkas namun saya harap membantu kita memperbaiki diri dalam melayari samudera kehidupan.

wassalam

Sunday 3 February 2013

SOALAN 3I DARI JIBRIL ! !

assalamualaikum..
datang manusia bertempat..disini tempatku..asal insan merempat..disinilah aku..perkongsian kali ini merangkumi aspek kehidupan asas kita sebagai muslim.dari muslim itulah datangnya mukmin..dan mukmin terus kepada muhsin.kemudian terus kepada mukhlis..hal ini tidak lain dan tidak bukan berasaskan konsep 3I.apa itu 3i..ikuti kisah dibawah.baca sampai habis..

siapa itu Jibril. ? Jibril merupakan malaikat penyampai wahyu..

cara2 Jibril datang menyampaikan wahyu adalah :

  • datang didalam bentuk asalnya.
  • datang didalam bentuk bunyi yang sangat nyaring dan ini adalah yang paling berat bagi Nabi.
  • datang didalam bentuk menyerupai sahabat Nabi Muhammad yang bernama Dihyah.
  • disampaikan terus kedalam hati Nabi.(kata Nabi : Rohul Qudus mewahyukan kedalam jiwaku.
kisah ini sepertimana yang ternukil didalam hadis riwayat Muslim,dari penceritaan Saidina Umar al-Khattab.


Pada suatu hari,sedang para sahabat duduk bersama Rasulallah saw, datang seorang pemuda yang berpakaian sangat bersih dan rambutnya amat hitam.Pemuda itu seolah-olah bukan berada dalam suatu perjalanan dan tiada seorang pun dikalangan sahabat yang mengenalinya.

Setibanya pemuda itu berdekatan dengan mereka,pemuda itu terus duduk berhadapan dengan nabi sehinggakan lututnya bersentuhan dengan lutut baginda Nabi.Tangannya pula diletakkan diatas paha Nabi,
seolah-olah sedang bertalaqqi bersama Nabi.

Kemudian terjadilah perbualan diantara pemuda itu dengan Nabi Muhammad..


“Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,”

lelaki itu berkata,”Engkau benar,”

para sahabat berasa begitu hairan kerana dia yang bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.

Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,”

Dia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat?”

Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”

Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”

Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”

kemudian lelaki itu pergi meninggalkan Nabi Muhammad dan para sahabat.Setelah itu Saidina Umar diam sehinggalah Nabi bertanya kepadanya :

“Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”

jawab Saidina Umar al-Khattab
”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,”

Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.”




3I yang dimaksudkan diatas adalah ISLAM,IMAN DAN IHSAN..SAYA MENCERITAKAN KEMBALI DIDALAM BENTUK PERBUALAN AGAR IANYA MUDAH DIHADAM DAN JELAS.

peace no war :D wassalam