-

Sunday 27 October 2013

minta maaf untuk epal ! !



Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.


Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.


Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.


Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.


Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”


Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.





Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.


Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.


Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.


Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

Thursday 3 October 2013

الحج واسراره




الحج ركن من اركان الإسلام وفرئضه الكبرى.وهو من الشرف الذي  ادخره الله لهذه الامة,غاليه تحقيق معنى تاعبودية لله وحده,بالخلاص في طاعته والتوجه غليه والخلاص من ظلام البشرية المادية إلى نور  الإيمان بخ
الق الوجود.قال الله تعالى : واتمو الحج والعمرة لله  


الحج هو موسم الخير والبراكة,هو يربي ويمني في شخص المسلم  الحب والشوق للمشاعر المقسة الخالدة.وهذا الحب يبنى على التقدير والتعظيم الاثار الإسلامية الخالدة.ويبعث في نفوس المسلمين روح  الاعتزاز بدينه وإسلامه,قال الله تعالى :ذلك ومن تعظم شعائر الله فإنها من  تقوى القلوب


في الحج يستفيد المسلم خصالا كثيرة من الأخلاق المسنة,وذلك لأنهم يعلم أنه لن يغفرالله ذنوبه ولن يقبل عمله حتى يكون حجه مبرورا.ولا يكون الحج مبرورا إلا إذا حج فلم يرفث ولم يفسق ويحترم الآداب  الإسلامية الاضلة طول أيام الحج.قال عليه الصلاة والسلام :من حج  فلم يرفث ولم يفسق خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه


 الى جانب هذا وذاك فإن الحج هو مؤتمر إسلامي سنوي يضم فئات  المسلمين على مختلف اجناسهم وألسنتهم.فمنهم الأبيض والأسود  القصير ولاطويل العرب والعجم,كلهم بلباس واحد يجددون ولاءهم  للإسلام وعهدهم لله الواحد القهار,مما يذكرهم بانهم أمة واحدة موحدة آختهم العقيدة الإسلامية,فتنبت في قلوبهم روح الأخوة الإسلامية , فتنبثق  بذلك من نفوسهم روح التيامح والعطف والرحمة,وتتجلى فيه وحده  الأمة الإسلامية وقوتها


ما أعظم هذا المنظر وما أنبل هذا الغرض الذي يسمى إليه الحجاج  فالحج إذن مدرسة فريدة وموسم البركة والخير لجميع المسلمين, يظهرون فيه اعتزازهم بإيمانهم وقوتهم وأخوتهم ووحدتهم.كما إنه زمر 
 خالد مخلد بوجود الإسلام وسيادته على العالم


شكرا كثيرا

Monday 25 March 2013

QAsidaH

  .. Assalamualaikum dan Bismillah ..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya dapat kita ketemu di dalam medan dakwah ini.

Sejak kebelakang ini Sering kali kita dengari Alunan-alunan zikir yang sedap didengari
tidak kirelah secare live mahupun hanye dikaca-kaca televisyen.
 Insya'allah...pade kali ini Ana akan kongsikan mengenai QASIDAH.

  1.  Ape itu QASIDAH...?

 

  •  QASIDAH merupakan puisi , syair CINTA atau puji-pujian terhadap ALLAH mahupun HABIBUNA RASULULLAH S.A.W.
  • RAmai penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialahpenyair Arab Al-Muhalhal bin Rabiah Al-Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum NAbi MUhammad S.A.W lahir.
  • QASIDAH kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair islam terkenal seperti Umru Al-qais , Al-Qamah dan Ubaid menulis syair2 qasidah dan membacakannya didepan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru Al-Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang di gantung di dinding Kaabah.


      

2. Dalil Selawat / QasidAh..

ANtara DAlil Sejarah Awal Hijrah NAbi di MAdinah

Ingatkah kita dengan sejarah ketika Rasulullah pertama kali masuk ke madinah..?
Lalu warga Madinah " BErsuka cita " dengan membawa gendang / rebbana lalu semua 
bersama-sama menyambut Rasulullah yang mulia dengan "menabuh rebbana" dan
membaca syair "Thola'al Badru "Alaina" ertinya "telah datang bulan cemerlang atas kami
semua" . RAsulullah dengan penuh suka cita menerima sambutan tersebut.
  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Riwayat THabarani, bahawa ketika NAbi S.A.W memasuki Madinah sekembalinya 
daripada Perang Tabuk , berkata Abbas, "Ya Rasulullah ! Adakah memberi keizinan kapadaku ntok memuji engkau ? Lalu Nabi bersabda , "Katakanlah ! Tudak akan mensadur Allah mulut engkau, " lalu ia memuji baginda dengan qasidah syair.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Ahzab Ayat 56 tafsirnya :
"Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat memberi segala  penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W . Wahai orang-orang yang beriman , berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan sepenuhnya".


3. Kelebihan Selawat / Qasidah..




1. Sabda Nabi S.A.W dengan bermaksud : 
"BArang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah S.W.T. akan berselawat keatasnya sepuluh kali" ( Hadith riwayat imam Muslim )
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. RAsulullah S.A.W. ada bersabda dengan maksud :
" Orang yang lebih baik disisiku di hari kiamat adalah yang paling banyak selwatnya kepadaku " ( Hadith riwayat Tarmizi )

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
" Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat " ( hadis riwayat tabrani )

Jadi sudah terang lagi bersuluh...( ceeiiwahhh...berperibahase plak dh..)
Banyak kelebihan jika kita mngamalkan selawat / qasidah dalam kehidupan...
Oleh itu...teruskan usaha anda dalam mendekati diri dngan amalan2 yg mulia seperti ini..
Sebelum berpisah mari kita berselawat ke atas baginda Rasulullah.....Mudah-mudahan
kita memperoleh syafaat dari baginda...insya'allah....amin.. :)

 

Friday 15 March 2013

SalAm AtaS BagiNda

.. Assalamualaikum dan Bismillah ..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Rasulullah , salam kerinduan untukmu ,
Engkaulah hamba Allah yang terpuji ,
Engkaulah kekasih Allah yang amat dicinta ,
Selawat dan salam dari Allah untukmu .


Salam atasmu duhai permata yang indah ,
Salam atasmu duhai purnama yang menerangi ,
Salam atasmu duhai cahaya dari Allah ,
Salam atasmu wahai Penutup segala Nabi .


Salam atasmu duhai kekasih kami ,
Salam atasmu duhai kerinduan kami ,
Salam atasmu duhai pensyafaat kami ,
Salam atasmu duhai yang mencintai kami .


Salam atasmu duhai penegak kebenaran ,
Salam atasmu duhai penghancur kebatilan ,
Salam atasmu duhai pelindung anak yatim ,
Salam atasmu duhai pelindung kaum wanita .


Salam atasmu pelindung fakir dan miskin , 
Salam atasmu penolong orang yang dizalimi ,
Salam atasmu penyebar cahaya kerahmatan ,
Salam atasmu duhai yang berbimbang pada kami .


Salam atasmu duhai yang mendoakan keampunan kami ,
Salam atasmu duhai pemegang telaga Al-kauthar ,
Salam atasmu duhai Nabi penghilang segala duka ,
Salam atasmu pembari syafaat di Padang Mahsyar .


SALAM ATASMU WAHAI SAIDINA MUHAMMAD AR-RASUL .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday 10 March 2013

Imam & 20 sen

Imam dan 20 sen...

Assalamualaikum dan bismillah..

alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan didalam ketetapan iman dan Islam. tidak lupa juga kepada saudara Ammar muslim dan saudara Izz shah yang merupakan sahabat saya didalam medan dakwah ini.

Kali ini mari kita selami kisah seorang Imam yang berasal dari Thailand yang telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Selamat membaca dan menghayati..

Telah menjadi kebiasaan imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.Pada suatu hari,selepas imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas,dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya iaitu sebanyak 20 sen.Sepanjang perjalanan imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
Di dalam hatinya timbul banyak persoalan tengtang 20 sen tersebut,"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ahh...syarikat bas ni dah kaya...setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pon tak cukup," kata imam tersebut.Apabila tiba dihadapan masjid,imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata imam tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut..(maaf diut nampak bengkok..hanya sekadar gambar shj..)

"Owh...terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya,dan kalau awak tidak pulangkannya pun,bukan saya tahu..," pemandu bas tersebut berkata.Imam tersebut menjawab,"Wang tersebut bukan milik saya,sebagai seorang MUSLIM saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum,dan berkata, "Sebenarnya sya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni,Saya nak uji kejujuran kamu wahai imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astagfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah...Aku hampir-hampir menjual harga sebuah IMAN dengan 20 sen!!!"


Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah..kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain.Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia ISLAM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
'Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu terdapat contoh teladan yang baik'





Friday 8 March 2013

CinTa SeJAti


Assalamualaikum & Bismillah......

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila diperkatakan soal C.I.N.T.A pasti akan terlintas difikiran kita
Rasa kasih dan sayang antara satu sama lain...antara dua jantina yang berbeza.
Umpama dua merpati sejoli...seperti uda dan dara...sesetia romeo dan juliet
Saling mengungkapkan rasa sayang dan rindu yg kemudiannya dibawa ke gerbang perkhawinan
Inilah dinama kan CINTA SEJATI ...



"Ehhh...betul ke ini yang dinamakan CINTA SEJATI ......??"

"Betul laaa"..."Yuppp"..."A'ah"...inilah jawapan yg akan dikeluarkan oleh mereka
yg tidak menjadikan AGAMA sebagai pegangan hidup.

"Ehh..kenape plak...??"
 
 Ini kerana mereka meletakkan C.I.N.T.A manusia yang akan mati sebagai cinta 
yang kekal abadi atau sejati...
Bagaimana mahu berjihad dimedan perang
sedangkan kita sudah gagal dalam berjihad melawan hawa nafsu 
yang disuntik oleh godaan syaitan laknatullah...Inilah antara cara syaitan memesongkan
akidah umat manusia...menggunakan wanita sebagai senjata...


Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

 
 
Mengapakah kita tidak meletakkan C.I.N.T.A Allah dan Rasul sebagai cinta Yang Kekal Abadi didalam hati kita ....mengapa...??
Same2 la kite memuhasabahkan diri ini...agar kembali meletakkan C.I.N.T.A Allah dan rasul
ditempat yg sebenar-benarnye....
 
 

Ku temui cinta sejati,
 Cinta yang kekal abadi,
 Tiada lagi dusta bicara dunia,
 Itulah dia cinta Yang Esa,
 Kan ku jadikan Yang Pertama,
  Kerana cinta-Nya,
 Ku berdiri disini,

Pabila ku sepi,
 Baru ku sedari,
 Cinta Yang Hakiki,
 Cinta Dari Illahi,
 Usah tertipu dengan cinta sementara,
 Yang kekal hanyalah cinta pada pencipta...

 Berdasarkan lirik lagu ni...Dapat kite fahami bahawa...
cinta terhadap manusia ni merupakan cinta yang sementara..
Sedang kan cinta yang sejati & cinta yang kekal abadi..
Hanye untuk Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..
   
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 



 


    
 
 
  

Saturday 2 March 2013

syahadat pesakit mental ! ! *mentaliti masyarakat

assalamualaikum dan bismillah.

semasa saya sedang memotong rumput dihalaman rumah tadi,saya terfikir akan sebuah kisah yang saya ingin kongsikan bersama-sama.walaupun kisah yang bakal saya sampaikan sebentar lagi merupakan sebuah kisah rekaan namun saya risau kalau-kalau situasi ini akan benar-benar berlaku dalam kalangan kita semua beberapa ketika nanti.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisahnya bermula begini
dalam sebuah kampung yang bernama syahadah terdapat sebuah keluarga yang kuat pegangan agama.suatu hari anak bongsu mereka membuat keputusan untuk berhijrah kebandar mencari kerja.sedang dia asyik membuat persiapan,si ayah datang kepadanya dan memberikan sedikit pesanan,"wahai anakku syahadat..sekiranya engkau berasa gelisah dan risau akan keadaanmu disana nanti..ingatlah kepada allah..zat yang maha besar."

setibanya dibandar setelah turun dari bas..syahadat terus menyapa seorang pemuda melayu dan bertanya kemana arah yang harus ditujuinya untuk terus ke kuala lumpur memandangkan dia turun di perhentian puduraya..tiba-tiba lelaki itu memarahinya dan mengusirnya dari situ.disebabkan hampa dengan sikap pemuda itu.dia terus berlalu sambil melafazkan :






setelah itu dia duduk bersendirian di pondok menunggu bas sehinggalah datang seorang pemuda yang menyapanya.pemuda itu sungguhlah baik budi pekerti dan indah budi bahasanya.mereka berborak sambil berjalan menuju ke gerai berhampiran.setelah makanan yang dipesan sampai kepada mereka.syahadat terus membaca doa dan makan.serta merta lelaki tadi menunjukkan reaksi yang pelik seolah-olah ketakutan namun dia cuba sembunyikan perasaannya sehinggalah perkara sama berlaku apabila selesai makan.syahadat sekali lagi membaca doa selepas makan dan lelaki tadi juga ketakutan malah kali ini dia kelihatan lebih gelisah berbanding sebelum itu.ini kerana dia menyangka syahadat ingin menyantaunya.selepas itu mereka berpisah menuju haluan masing-masing.

apabila masuknya waktu solah zuhur,syahadat tanpa membuang masa terus mengeluarkan sejadah dari beg yang dibawanya dan terus menunaikan solat di kaki lima.dari jauh ada yang memerhatikannya dengan rasa curiga.lelaki itu terus memanggil dan melaporkan kejadian itu kepada polis.selang beberapa minit kemudian polis pon tiba.polis membawa syahadat kebilik siasat.polis mendapat laporan bahawa syahadat sedang melakukan upacara keagamaan secara melampau iaitu sembahyang di kaki lima memandangkan kaki lima bukanlah kawasan solat.walaupun syahadat cuba menerangkan kejadian yang sebenar,keterangannya tidak dihiraukan malah polis itu terus memanggil doktor yang berbangsa cina dari hospital bahagia untuk membuat pengesahan.

sejam kemudian,doktor cina tersebut tidak dapat mengesahkan masalah apa yang dialami oleh syahadat.dalam perjalanan kebilik siasatan polis dan doktor cina tadi ternampak keadaan syahadat yang sedang membacakan sesuatu dari riak pergerakan mulutnya.mereka semakin yakin bahawa syahadat seorang pemuda yang mengalami masalah mental dek kerana sering berbicara seorang diri.

ayat yang dibacakan oleh syahadat sebenarnya adalah ayat ini :


tanpa berfikir panjang polis tersebut membawa syahadat ke hospital sakit jiwa untuk bertemu pakar berbangsa melayu.doktor ini telah mengesahkan syahadat mengalami masalah jiwa dan dia telah dimasukkan kedalam hospital tersebut.didalam hospital syahadat sering membacakan ayat suci al-quran yang dihafalnya untuk dijadikan sebagai pendinding diri menghadapi ujian Allah buat dirinya itu.

seminggu kemudian ada seorang ustaz datang ke hospital itu untuk memberikan tazkirah mingguan kepada pesakit.semasa dia sedang memberikan tazkirah,dia terpandang seraut wajah yang tenang dan berseri.seusai tazkirah dia mengambil kesempatan untuk menemui syahadat.setelah lama bercerita dan bersembang ustaz itu membuat laporan dan diizinkan untuk membawa syahadat pulang.syahadat begitu bersyukur kerana Allah memberikan ketabahan kepadanya untuk menempuhi ujian tersebut.

**kesimpulan dari cerita yang aku nukilkan diatas adalah..betapa kita masyarakat yang hidup dialam moden ini mengetepikan kehidupan beragama.

DIMANAKAH NILAINYA MELAYU TANPA ISLAM DAN DIMANAKAH NILAINYA DIRI TANPA IMAN..

Wednesday 27 February 2013

KISAH PEMUDA YANG TERLIHAT AURAT WANITA ! !

kali ini mari kita selami kisah pemuda ahli syurga yang sangat tawadu' dan berhati mulia..
selamat membaca dan menghayati


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,
~~~
Kisahnya berlaku di zaman Rasulullah S.A.W.
Terdapat seorang lelaki Ansar yang baru memeluk Islam.
Pemuda ini terlalu baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang syurga,
dia akan segera menangis kerana merindui syurga Allah,
dan ketika Rasulullah s.a.w menceritakan tentang neraka pula,
dia juga segera akan menangis kerana takutkan api neraka Allah.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah mengamanahkan kepada pemuda itu satu bungkusan untuk disampaikan kepada seseorang dihujung bukit.
Pemuda Ansar itu menerima tugas dari rasulullah s.a.w itu dengan gembira.
Dia berjaya menyerahkan bungkusan itu kepada orang yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w.
Selesai urusannya, dia pulang dengan hati yang gembira kerana telah melaksanakan tugasan yang diberi Rasulullah s.a.w dengan sebaiknya.




Ketika melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.
Pemuda tersebut terlihat akan seorang wanita.
Wanita itu berpakaian tidak sempurna dan menampakkan tubuhnya yang putih gebu. Pemuda itu beristighfar dan memalingkan wajahnya.
Dia meninggalkan tempat itu sambil menangis ketakutan.

Dia meminta ampun kepada Allah kerana tidak sengaja memandang aurat wanita itu. Dia begitu takut dan tidak mahu pulang kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Dia yakin Rasulullah s.a.w akan mendapat wahyu daripada Allah.
Dia tidak sanggup berhadapan dengan Rasulullah s.a.w kerana rasa berdosa.
Pemuda itu melarikan diri di kawasan bukit-bukit diantara Makkah dan Madinah.

Selama 40 hari pemuda itu tidak pulang.
Rasulullah s.a.w khuatir tentang keadaannya.
Malaikat Jibril a.s turun memberitahu Rasulullah s.a.w tempat pemuda itu berada.
Rasulullah mencarinya untuk dibawa pulang.
Ketika tiba di bukit tempat dia bersembunyi, terdengar pemuda itu berdoa :


Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu,
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,


Rasulullah s.a.w memujuknya untuk pulang.
Akhirnya dia akur kerana perintah daripada Rasulullah s.a.w.
Pemuda itu menangis menceritakan tentang dosanya yang tidak sengaja melihat aurat wanita.
Lalu Rasulullah s.a.w memujuknya dengan membacakan ayat 201 dari surah al-Baqarah.
Rasulullah s.a.w bersabda,
sesiapa yang membaca doa ini akan diampunkan Allah segala dosanya."
Ayat itu bermaksud,

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami daripada seksa neraka ..."
Tatkala Rasulullah sudah membacakan doa dari surah al-Baqarah itu,
pemuda itu jatuh pengsan.
Apabila sedar, Rasulullah bertanya apakah yang menyebabkan dia pengsan,
jawab pemuda itu, dia begitu ketakutan mendengar Rasulullah s.a.w menyebut api neraka. Dia tebayangkan seksaan neraka yang teramat dahsyat.



Tidak lama selepas dia pulang, pemuda itu jatuh sakit.
Rasulullah s.a.w tahu sakit pemuda itu tidak akan sembuh dan sedang menunggu hari untuk kembali ke sisi Allah.
Rasulullah mengangkat kepala pemuda itu lalu dipangku di atas ribaan baginda,
seperti yang baginda sering lakukan ketika melawat sahabat-sahabat baginda yang sakit.

Lelaki itu menghalang Rasulullah s.a.w daripada meletakkan kepalanya di pangkuan baginda.
Katanya, "Aku ini hina ya Rasulullah, banyak sekali dosaku.
Sedangkan pangkuanmu itu terlalu suci dan bersih. "
Rasulullah menitiskan airmata kerana begitu terharu dengan ketakwaan pemuda itu.
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya apakah permintaan terakhir pemuda itu.
Pemuda itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sebelum aku kembali ke sisi-Nya,
bolehkah engkau tanyakan kepada Allah,
apakah Dia mengampunkan dosaku yang terlihat aurat wanita yang sedang mandi itu?"



Rasulullah s.a.w berdoa dan turunlah Jibril a.s menyampaikan berita :
"Wahai Muhammad, Allah mengirimkan salam kepadamu.
Khabarkan kepada pemuda itu, seandainya dia mati sekarang ini dengan membawa dosa setinggi langit dan seluas bumi sekalipun,
lalu dia bertaubat dan memohon ampun kepada Allah,
maka Allah menerima cintanya seluas langit dan bumi ini juga!"






Selepas melafazkan kalimah La ilaha illallah,
pemuda itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Semasa jenazah pemuda tersebut dibawa untuk dikebumikan,
Sahabat terpandang Rasulullah s.a.w berjalan terjengket-jengket.
Sahabat bertanyakan, apakah kaki Rasulullah terkena duri atau kaca?
Lalu Rasulullah SAW menjawab,
"Bukan wahai sahabatku, kakiku bukan terkena kaca atau duri.
Sebenarnya aku nampak perkara yang kamu tidak nampak.
Aku berjalan begini kerana terlalu sesak.
Aku terpaksa berjalan begini kerana ...
tahukah kamu bahawa semua malaikat yang berada di langit turun ke bumi untuk memikul bersama jenazah pemuda ini.
Kerana itulah jenazahnya terasa ringan ketika dibawa.
Dia seorang lelaki penghuni syurga. "

~~~
Itulah kisah hidup seorang pemuda hebat.
Betapa takutnya dia dengan azab Allah s.w.t walaupun dia tidak sengaja terpandang aurat wanita itu.
Namun dia merasakan dirinya tetap bersalah yang teramat sangat,
dan kerana ketakutannya terhadap azab Allah,
sehingga menyebabkan ajal menjemputnya dipangkuan baginda rasulullah s.a.w yang mulia..



Semoga kita tidak tergolong dikalangan manusia yang lalai..


Monday 25 February 2013

jaga mulut ! !

Assalamualaikum dan bismillah..

adakah kita tuhan,sehingga kita sudah biasa menidakkan hak manusia lain untuk hidup bertuhan.
ya..kita sudah biasa menghakimi manusia lain yang sama seperti kita.banyak keadaan yang membuatkan kita seolah-olah melebih-lebih dalm berbicara.

contohnya :

"hey..orang bodoh macam kau ni mane layak nak hidup..kau mesti gagal dalam hidup kau nanti..mase depan kau gelap ! !"

"aku benci betul dengan mamat sorang tu..die nak tunjuk alim pulak dekat sini.nak beramal tapi menunjuk..tuhan tak redha la dengan hidup die tu"

"kalau perangai dah buruk tu..tak payah nak nasihat orang lain lah..muke kau tu dah sah-sah jadik bahan bakar api neraka ! !"
jaga mulut anda

ya..situasi ini sudah selalu dan sudah dihadam..tapi dimana letaknya Allah dihadapan kita ketika kita mengungkapkan kata-kata itu..secara zahirnya ianya cuma kata-kata yang hilang setelah mulut ditutup,namun secara hakikatnya kita membelakangkan sifat Rahman dan Rahim Allah pada hambanya.

IHSAN DALAM DIRI


ihsan dalam diri bermaksud merasakan keberadaan Allah disetiap saat hembusan nafas kita..setiap ibadah kita dirasakan seakan-akan kita melihat Allah,dan kita melihat Allah..tidak perlulah untuk kita mempertikaikan dimana Allah kerana ianya adalah perkara mutasyabihat tapi pertikaikanlah dimana Allah didalam hati kita

sungguhpun coretan kali ini begitu ringkas namun saya harap membantu kita memperbaiki diri dalam melayari samudera kehidupan.

wassalam

Sunday 3 February 2013

SOALAN 3I DARI JIBRIL ! !

assalamualaikum..
datang manusia bertempat..disini tempatku..asal insan merempat..disinilah aku..perkongsian kali ini merangkumi aspek kehidupan asas kita sebagai muslim.dari muslim itulah datangnya mukmin..dan mukmin terus kepada muhsin.kemudian terus kepada mukhlis..hal ini tidak lain dan tidak bukan berasaskan konsep 3I.apa itu 3i..ikuti kisah dibawah.baca sampai habis..

siapa itu Jibril. ? Jibril merupakan malaikat penyampai wahyu..

cara2 Jibril datang menyampaikan wahyu adalah :

  • datang didalam bentuk asalnya.
  • datang didalam bentuk bunyi yang sangat nyaring dan ini adalah yang paling berat bagi Nabi.
  • datang didalam bentuk menyerupai sahabat Nabi Muhammad yang bernama Dihyah.
  • disampaikan terus kedalam hati Nabi.(kata Nabi : Rohul Qudus mewahyukan kedalam jiwaku.
kisah ini sepertimana yang ternukil didalam hadis riwayat Muslim,dari penceritaan Saidina Umar al-Khattab.


Pada suatu hari,sedang para sahabat duduk bersama Rasulallah saw, datang seorang pemuda yang berpakaian sangat bersih dan rambutnya amat hitam.Pemuda itu seolah-olah bukan berada dalam suatu perjalanan dan tiada seorang pun dikalangan sahabat yang mengenalinya.

Setibanya pemuda itu berdekatan dengan mereka,pemuda itu terus duduk berhadapan dengan nabi sehinggakan lututnya bersentuhan dengan lutut baginda Nabi.Tangannya pula diletakkan diatas paha Nabi,
seolah-olah sedang bertalaqqi bersama Nabi.

Kemudian terjadilah perbualan diantara pemuda itu dengan Nabi Muhammad..


“Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,”

lelaki itu berkata,”Engkau benar,”

para sahabat berasa begitu hairan kerana dia yang bertanya dan dia juga yang membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.

Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,”

Dia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku kapan terjadi Kiamat?”

Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”

Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”

Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”

kemudian lelaki itu pergi meninggalkan Nabi Muhammad dan para sahabat.Setelah itu Saidina Umar diam sehinggalah Nabi bertanya kepadanya :

“Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”

jawab Saidina Umar al-Khattab
”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,”

Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.”




3I yang dimaksudkan diatas adalah ISLAM,IMAN DAN IHSAN..SAYA MENCERITAKAN KEMBALI DIDALAM BENTUK PERBUALAN AGAR IANYA MUDAH DIHADAM DAN JELAS.

peace no war :D wassalam

Thursday 24 January 2013

KEKASIH KITA SUDAH TIADA ! !

assalamualaikum.

kali ini aku hanya menyalin(copy) kisah ini dari blog yang aku lewati sebentar tadi.kurasa ianya sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama..Aura 12 rabiulawwal membuatkan aku terus mencari kisah rasulallah kekasih kita.moga ia bermanfaat untukku dan jua untukmu..





DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH


Ketika merasa bahwa ajalnya sudah dekat, Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat di kediaman isteri tercintanya, Sayyidah Aisyah RA. Setelah semua berkumpul, beliau memandang mereka dengan tatapan mata yang sendu. Air mata beliau menitis tiada berhenti.


Di tengah tangisnya beliau bersabda, “Marhaban bikum, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah SWT. Telah dekat perpisahan dan telah hampir waktu pulang kepada Allah Ta'ala. Hendaklah Ali memandikanku, sedangkan Fadlal bin Abbas dan Usamah bin Zaid yang menuangkan air. Kemudian kafanilah aku dengan kainku jika kamu menghendaki, atau dengan kain putih buatan Yaman. Jika kamu selesai memandikanku, letakkan jenazahku di tempat tidur di rumahku ini, diatas pinggir lubang kuburku. Kemudian bawalah aku keluar sesaat. Maka yang pertama kali berselawat kepadaku adalah Allah Azza wa Jalla, lalu Jibril, Mikail, Israfil, Izrail bersama pasukannya, kemudian segenap malaikat. Sesudah itu barulah kamu masuk rombongan demi rombongan, dan sembahyangkanlah aku.”


Begitu mendengar wasiat Nabi, para sahabat tidak kuasa menahan tangis. Mereka menjerit…..”Ya Rasulullah, Tuan adalah rasul kami, penghimpun dan pembina kekuatan kami, serta penguasa segala urusan kami. Jika Tuan pergi, kepada siapakah kami kembali?”


Rasulullah SAW bersabda, “Aku tinggalkan kamu di jalan yang terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru nasihat yang berbicara dan yang diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Quran, penasihat diam ialah maut. Jika kamu menghadapi persoalan yang musykil, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah; dan jika hati kamu kusut, tuntunlah dengan mengambil iKtibar tentang peristiwa maut.”


Sejak itu, akhir bulan Shafar, Rasulullah SAW jatuh sakit. Semakin lama penyakitnya semakin berat. Suatu saat, ketika para sahabat berkumpul di kediaman Sayyidah Aisyah RA untuk menjaga Rasulullah SAW secara bergantian, Rasulullah SAW bangun dari tempat tidurnya dengan mengenakan ikat kepala, pertanda sakitnya masih berat.


Didepan para sahabat, beliau bersabda, “Wahai para sahabatku….. Sungguh, demi Allah, saat ini telah kulihat Telaga Haudh di hadapanku. Demi Allah, aku tidak takut syirik akan menimpa kamu setelah aku wafat. Tetapi yang kutakutkan, kamu saling berebut dunia, saling hantam memperebutkan kekayaan. Itu yang aku takutkan.” Haudh adalah salah satu telaga di syurga.


Dari hari ke hari, kesehatan Nabi semakin memburuk, dan para sahabat mulai cemas. Suatu hari, Isnin Subuh, sahabat Bilal mengumandangkan adzan di Masjid Nabawi. Tapi hingga beberapa waktu Nabi belum juga hadir. Ia lalu menyusul ke rumah beliau. Didepan pintu rumah, ia mengucapkan salam, “Assalamu’alaika, ya Rasulullah.”


Nabi tidak menjawab, tapi Sayyidah Fatimah RA keluar sambil menjawab salam, “Alaikassalam….. Kalau ada perlu lain kali saja. Rasulullah sedang demam.”


Mendengar jawaban itu, Bilal tidak faham. Ia lalu kembali ke masjid, menunggu kedatangan Nabi sampai langit disebelah timur mulai menguning. Kerana waktu subuh hampir habis, Bilal kembali kerumah Rasulullah SAW.


“Assalamu’alaika, ya Rasulullah…. para makmum sudah menunggu dan langit sudah pula menguning,” katanya.


Saat itu, Nabi agak sedar. Dengan tersendat-sendat beliau membalas salam Bilal, lantas bersabda, “Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beri tahu Abu Bakar supaya menjadi imam sembahyang Subuh. Aku sedang sakit, tidak mampu bangun.”


Mendengar jawaban itu Bilal menangis. Dengan langkah terburu-buru tetapi lunglai, ia bergegas kembali ke masjid. Disampaikannya pesan rasulullah SAW kepada Abu Bakar. Begitu melihat mihrab kosong, Abu Bakar menangis. Di mihrab itulah Rasulullah SAW selalu memimpin sholat, mengumandangkan ayat-ayat Al-Quran dengan suara yang nyaring dan fasih. Pribadinya agung, parasnya berwibawa. Kini mihrab itu kosong. Abu Bakar menangis juga seluruh sahabat, sehingga suasana subuh itu menjadi murung.


Sampai siang, para sahabat berkumpul di masjid menanti berita dari kediaman Rasulullah SAW. Ternyata, Rasululah SAW minta dipapah untuk menuju masjid. Dengan langkah perlahan, Nabi keluar rumah dipapah kedua sahabat itu.


Tiba di masjid, Nabi sembahyang sunnah dua rakaat lalu menuju mimbar. Kakinya terasa berat ketika mendaki tangga. Tubuhnya tampak lemah, tangannya bertelekan. Tak lama kemudian beliau menyampaikan khutbah singkat, namun isinya meresap dan menggetarkan hati. Para sahabat bercucuran air mata…..


“Wahai kaum muslimin, kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan kasih sayang-Nya. Maka bertaqwalah kepada-Nya dan taatilah perintah-perintah-Nya”. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW berwasiat, “Wahai segenap umat manusia, api neraka sudah dinyalakan, fitnah-fitnah telah datang seperti datangnya malam yang gelap. Demi Allah, kamu tidak akan berpegang kepadaku dengan suatu apa pun. Sesungguhnya aku tidak pernah menghalalkan sesuatu melainkan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan tidak pula mengharamkan sesuatu melainkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran”.rasulallah mengakhiri khutbah singkat ini dengan memandang tenang mata sahabat-sahabatnya..


Kelihatan Abu Bakar membalas senyuman itu dengan mata yang berkaca dan tersedu sedan sementara Umar bin Khattab menahan nafas dan tangis hingga dadanya naik turun. Sedangkan Utsman bin Affan menghela nafas sepanjang-panjangnya, dan Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala sedalam-dalamnya. Dalam hati semua sahabat berkata, “Rasulullah akan meninggalkan kita.”


Lelaki agung itu hampir selesai menunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu semakin nyata, sehingga dengan tangkas Ali dan Fadhal segera tampil membantu Rasulullah turun dari mimbar. Sangat pelan kerana lemah.


Segera setelah itu beliau dipapah untuk kembali pulang ke rumah kediaman. Sejak itu beliau tidak mampu lagi bangkit dari tempat tidur. Keadaan beliau semakin gawat, sampai-sampai kain pengikat beliau pun terasa panas. Panas yang sangat tinggi menyebabkan beliau sering tak sedarkan diri.


Melihat keadaan ayahandanya, Sayyidah Fatimah RA terus menangis, “Ya Allah, alangkah berat penderitaan ayahku. Alangkah beratnya, ya Allah….”


Mendengar tangis putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW sempat bersabda, “Bersabarlah anakku sayang. Tidak ada lagi penderitaan ayahmu sesudah hari ini…” Nabi SAW berusaha menghibur putrinya agar tidak bersedih hati. Namun sabda Beliau itu juga merupakan pertanda bahwa tinggal pada hari itu beliau merasakan penderitaan. Dan setelah itu, meninggalkan keluarga dan segenap kaum muslimin.


Tepat pada waktu dhuha, datanglah Malaikat Izrail yang diutus oleh Allah Ta?ala untuk menjemput Rasul SAW. Perintah Allah Ta?ala kepada Izrail, “Masuklah kalau diizinkan olehnya. Kalau tidak, kembalilah engkau kemari. Berangkatlah dan muncullah di hadapannya dalam wujud seorang lelaki yang sopan dan rapi. “Maka muncullah Malaikat Izrail sebagai seorang lelaki berpakaian putih-putih dengan aroma yang harum mewangi.


“Assalamualaikum, wahai penghuni rumah kenabian….”


“Wa’alaikumussalam. Maaf Rasulullah sedang payah. Datanglah lain kali,” jawab Sayyidah Fatimah RA.


“Assalamu?alaika, ya Rasulullah. Salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah saya masuk?” ujar Izrail lagi.


Mendengar salam khusus itu, Nabi membuka mata beliau lalu bertanya kepada Fatimah, “Anakku, ada tamu ya? Siapa yang berada di pintu, hai Fatimah?”


“Seorang laki-laki yang bersih sopan, rapi, dan wangi. Ia memanggil-manggil ayah dan minta izin untuk masuk. Saya bilang, Ayah sedang payah. Saya minta dia dia untuk kembali lain kali.”


Tiba-tiba Nabi SAW memandangi putri tercintanya itu dengan tatapan yang menembus jauh, dengan cahaya pekat yang mengabut.


Sayyidah Fatimah RA menggigil kerana hatinya tergetar


“Izinkan tamu itu masuk, Fatimah. Tahukah engkau siapa dia, anakku?” sabda Rasulullah SAW.


“Tidak”


“Dialah penjemput kenikmatan, pemutus nahsu syahwat, dan pemisah pertemuan. Dia adalah malakul maut.”


Sayyidah Fatimah RA terkejut, “Ayahanda, jadi mulai hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandangi wajah jernihmu?” Sayyidah Fatimah menangis.


Jangan bersedih dan menangis, jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersamaku di hari kiamat,” sabda Rasul SAW


Mendengar itu, barulah Sayyidah Fatimah RA lega.


“Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Tanya Nabi.


“Aku datang untuk berziarah, juga menjemput Tuan jika Tuan mengizinkan. Tetapi kalau tidak aku akan kembali.”


“Engkau datang sendirian? Dimana engkau tinggalkan Jibril?” Tanya Nabi sambil tersenyum.


“Aku tinggalkan dia di langit kedua bersama para malaikat lainnya.”


“Panggil dia kemari.”


Jibril tergagap. Maka Malaikat JIbril pun turun ke bumi, menuju rumah kediaman Rasul, lalu duduk disebelah kepala Rasulullah SAW.


Beberapa saat Nabi memandangi Jibril, lalu dengan sayu beliau bersabda, “Jibril, mengapa berlambat-lambat? Tidakkah engkau tahu saat yang dijanjikan itu hampir tiba?”


“Beri tahu aku bagaimana hakku di hadapan Allah nanti.” sabda Nabi lagi.


“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat berbaris berlapis-lapis menunggu kehadiran ruh Tuan, seluruh gerbang syurga terbuka sebagai persemayaman Tuan.”


Namun wajah Nabi tetap suram dan gelisah. Lalu sabdanya lagi, “Jibril, bukan berita itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana umatku besok di hari kiamat.”


Maka dengan tenang Jibril menjawab, “Ya Rasulullah, Allah Ta?ala berfirman, „Aku haramkan syurga dimasuki oleh para nabi sampai engkau, Muhammad, masuk terlebih dahulu. Dan aku haramkan umat para nabi masuk ke dalamnya sampai umatmu, Muhammad, masuk terlebih dahulu?.”


Mendengar jawaban itu, barulah wajah Nabi berseri-seri. “Alhamdulillah. Kalau begitu hatiku tenang, wahai Jibril.” Beliau merasa tenteram, kerana kaum muslimin mendapat hak dan tempat istimewa di hadapan Allah SWT. Bibir beliau yang sudah memucat itu menyunggingkan senyum. Senyum istimewa itu juga beliau tujukan kepada Malaikat Izrail ketika beliau mempersilakan sang Pencabut Nyawa itu melaksanakan tugasnya.


Pada waktu yang bersamaan suasana gundah gulana menggantung berat di ruangan sempit itu. Angin kota Madinah yang meniupkan hawa dingin tapi kering tambah dalam menusuk tulang. Sejengkal demi sejengkal matahari pun semakin meninggi ketika Malaikat Izrail berancang-ancang untuk mencabut nyawa Rasulullah SAW.


Penderitaan Nabi SAW semakin menghebat ketika nyawa beliau, yang dicabut oleh Izrail dengan sangat pelan dan lembut, sampai di pusat. Dahi dan sekujur wajah beliau bersimbah peluh. Urat-urat di wajah beliau menegang dari detik ke detik. Sambil menggigit bibir, Nabi SAW berpaling ke arah malaikat Jibril. Mata Rasulullah SAW pun basah, cahayanya pun semakin meredup. “Ya Jibril, betapa sakitnya! Oh, alangkah dahsyatnya derita sakaratul maut ini.”


Sayyidah Fatimah RA memejamkan mata, sementara Ali bin Abi Thalib, yang berada disamping Rasulullah SAW, menundukkan kepala, sedangkan Malaikat Jibril memalingkan muka. “Ya Jibril, mengapa engkau berpaling? Apakah engkau benci melihat wajahku?” tanya Rasul SAW. “Sama sekali tidak, ya Rasulullah. Siapakah yang tega menyaksikan Kekasih Allah dalam kedaaan seperti ini? Siapakah yang sampai hati melihat Tuan kesakitan?” jawab Jibril tersekat-sekat.


Rasa sakit itu kian memuncak. Sekujur tubuh Nabi menggigil. Wajah beliau semakin memucat, urat-uratnya menegang. Dalam keadaan sakit tak tertahankan itu beliau berdoa, “Ya Allah, alangkah sakitnya! Ya Allah, timpakanlah sakitnya maut ini hanya kepadaku, jangan kepada umatku.”


Mendengar sabda Rasul itu, Jibril tersentak. Betapa agung peribadi Rasulullah SAW. Dalam detik-detik paling gawat dan menyiksa, bukan kepentingan sendiri yang dimohonkan, melainkan kepentingan umatnya. Andai beliau mohon agar rasa sakit itu dicabut, pasti Allah SWT mengabulkannya. Namun beliau lebih memilih sebagai tumbal agar derita itu tidak menimpa umatnya.


Ketika Jibril menyedari keadaan di sekelilingnya, Izrail sudah dengan sangat santun menarik nyawa Nabi SAW sampai di dada. Maka napas beliau pun mulai menyesak. Rasa sakit semakin menghebat. Ketika itulah, lelaki agung itu menengok ke arah sahabat-sahabatnya, lalu bersabda dengan suara lirih dan pandangan sayu, “Ushikum bisolati wa ma malakat aimanakum (Aku wasiatkan kepada kamu untuk mendirikan sholat, dan aku wasiatkan kepada kamu orang-orang yang menjadi tanggungan kamu).”


Sejenak kemudian, keadaan Rasulullah SAW bertambah kritis. Para sahabat saling berpelukan lantaran tak kuat menahan pilu. Dan ketika itulah tubuh Nabi SAW mulai dingin. Hampir seluruh bagian tubuh beliau tidak bergerak-gerak lagi. Mata beliau pun berkaca-kaca dan menatap lurus ke langit-langit hanya sedikit terbuka.


Menjelang akhir hayat beliau, Ali bin Abi Thalib melihat Nabi SAW dua kali menggerak-gerakkan bibir beliau yang sudah membiru. Maka Ali pun cepat-cepat mendekatkan telinganya ke bibir Nabi. Ia mendengar Nabi SAW memanggil-manggil, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).” Dengan memanggil-manggil umatnya inilah, Rasul Akhir Zaman itu wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun.


Maka meledaklah tangis para sahabat. Sang kekasih Allah telah wafat, membawa cinta yang agung, cinta kepada umat, hingga akhir hayat. Bahkan dibawanya sampai Padang Mahsyar. Ketika nyawa sudah sampai tenggorokan. Pemimpin Besar dan Pencipta Peradaban itu bukan mengkhawatirkan keluarganya, melainkan memprihatinkan umatnya. “Ummati, ummati….”


Sesaat sebelum wafat, sebagaimana tercatat dalam Shahih Bukhari, Rasulullah SAW masih sempat berwasiat dan menghibur umatnya. Beliau bersabda, “Wahai umatku, kamu akan melihat hari yang tidak kamu sukai, iaitu perpecahan dan fitnah dari berbagai musibah yang akan datang. Akan tetapi hendaklah kamu bersabar sampai berjumpa denganku di Telaga Haudh kelak…”


Sementara itu, dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mulai membaik. Maka ketika mendengar adzan, beliau memutuskan untuk pergi ke masjid sekalipun keadaannya masih lemah. Ketika beliau masuk masjid, sembahyang sudah dimulai. Para sahabat pun menjerit, mengucapkan, “Subhanallah, subhanallah”, pertanda gembira dan bersyukur menyaksikan keadaan kesehatan junjungan mereka yang mulai membaik.


Begitu melihat Nabi datang, para sahabat hampir membatalkan sembahyang. Namun, beliau memberi isyarat agar mereka meneruskannya.


Sejenak beliau berdiri menatap mereka dengan bahagia. Wajahnya berseri-seri menyaksikan ketaatan umatnya. Sampai-sampai Annas bin Malik berkata, “Belum pernah aku melihat pandangan yang lebih menakjubkan dari wajah Nabi SAW (ketika itu).” Kemudian beliau tersenyum. Abu Bakar Ash-Shiddiq, yang menjadi imam sembahyang, menyedari apa yang terjadi di belakangnya. Yakni, pasti Rasulullah SAW ada di masjid. Maka tanpa menoleh, ia pun mundur. Tetapi, Nabi segera memegang pundaknya dan mendorongnya maju agar terus sebagai imam, sementara Nabi SAW sembahyang di sebelah kanan Abu Bakar dalam kedudukan duduk.


Selesai sembahyang, Nabi kembali ke rumah Sayyidah Aisyah RA dipapah oleh Fadlal dan Tsawban, sementara Ali dan Abbas mengikuti dari belakang. Sampai di rumah, Nabi SAW kembali ke tempat tidur, berbaring di pangkuan isteri tercintanya itu. Dan ternyata, sembahyang subuh tadi adalah yang terakhir kali Nabi SAW sembahyang berjamaah dengan para sahabatnya. Ketika itulah segenap kekuatan Nabi SAW melemah.


Saat Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam kamar sambil membawa siwak (sikat gigi dari kayu arak), Sayyidah Aisyah RA melihat Nabi SAW sepertinya menginginkannya. Maka ia pun meminta siwak itu, membersihkannya, lalu memberikannya kepada ayahanda tercinta. Lalu beliau pun membersihkan gigi dengan cekatan, sekalipun keadaannya cukup lemah. Tidak lama kemudian kesedaran Rasulullah SAW hilang. Sayyidah Aisyah RA mengira beliau tengah menghadapi sakaratul maut. Tapi, sekitar satu jam kemudian, beliau membuka mata. Sayyidah Aisyah RA teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun yang dicabut nyawanya sebelum ia ditunjukkan tempatnya di syurga.” Sayyidah Aisyah RA pun faham, inilah saat sakaratul maut itu.


Sejenak kemudian, Nabi SAW bersabda dengan suara bergumam, “Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang shalih. Mereka itulah sahabat yang paling baik.” – Surah An-Nisaa (4): 69. Setelah itu, beliau kembali bergumam, “Ya Allah, aku memilih bersama Yang Maha mulia.”


Setelah itu, kepala Nabi SAW beransur-ansur terasa bertambah berat di pangkuan Sayyidah Aisyah RA, sehingga para isteri yang lain menangis. Sayyidah Aisyah RA lalu membaringkan kepala beliau di bantal, kemudian menangis bersama isteri Nabi SAW yang lain.


Dalam Sahih Bukhari dikisahkan, begitu mendengar Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar As-Siddiq berlari menuju rumah kediaman Sayyidah Aisyah RA. Namun jasad Nabi SAW telah membujur kaku. Ketika menyingkap kain yang menutup tubuh Nabi SAW, ia menangis sambil memeluk wajah Sang Rasul. Saat memandikan jenazah Rasulullah, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, ketika hidup, Tuan semerbak mewangi. Ketika wafat pun, tubuh Tuan tetap wangi.”


Ya… Rasulullah SAW, dan syariatnya, tetap akan selalu semerbak mewangi sampai hari kiamat.