-

Saturday 9 June 2012

himpunan video tarbiyah..!!

bismillah..
berkat dari dakwah nabi dengan keizinan Allah..ana dapat mengkhususkan waktu untuk ana mengisi ruangan blog ini dengan post yang baru ..
dah terlalu lama blog ini tidak diusik..jadi inilah hasilnya yang tak seberapa..

kali ni nak buat perkongsian melalui video tarbiyah yang sgt berguna untuk semua..HIDUP TANPA TARBIYAH SANGAT RUGI..KERANA TARBIYAH MEMATANGKAN INSAN.




yang pertama : : BERITA PANAS..TAK TUTUP AURAT..INI MAKANNYER !!


mesej yang diorang nak sampaikan cukup jelas dan sangat berguna..sila tonton dan fahami..wahai kaum hawa..fahamilah yang dirimu sgt bernilai..angkatlah darjatmu sebagaimana Allah dan rasulmu mengangkatnya dahulu..jgn biarkan diri kita menjadi fitnah buat agama..

yang  kedua: : LALANG


ha...siapa x kenal matluthfi..vlogger paling top kat malaysia..dalam banyak2 video beliau..yang ni pling ana minat..penyampaian yang sangat menarik dan sampai kepada setiap penonton..tak hairan la banyak follower matluthfi ni....hakikatnya politik malaysia memang seperti yang tertera dalam video ni..

yang ketiga : : #12 27 KALI GANDA


ini anwarhadi..cantik menarik tertarik kau memang hebat la...serius best..yang x penah tgok..tolong tolong tolong la...carik video saudara ni kat youtube..taip je anwarhadi..memang sekarang orang dah tak pandang apa itu kelebihan solat berjemaah...mungkin mereka terlalu seronok bercerita tntg dunia tanpa memikirkan saham untuk akhirat.

yang keempat : : UKHWAHFILLAH


alahai abg hilal asyraf kite ni..dah la penulis novel kegilaan ramai..dah mula buat langit ilahi tv show pulak..mmg gempak..tgok jgn x tgok  !!ukhwah mmg perkara utama yang islam ingin sampaikan..kerana dgn ukhwah akan terbinanya satu kuasa yang tidak tergambar hebatnya..jika ukhwah itu kerana allah,keindahan islam akan mudah terserlah..

---------------------------------------------------------------------------------------------

rasanya setakat ini saja yang ingin ana sampaikan kali ini..dan....jgn lupa ikuti video2 yang abg2 kat atas ni buat..

sekian..


Saturday 17 March 2012

Alone ! !


LONELY..I AM SO LONELY..I HAVE NOBODY..lalala~


WHY SO ALONE ? ? rasa terasing..x mengapa,,,kenapa ??
kerana..ISLAM DATANG DENGAN ASING DAN AKAN KEMBALI ASING.


MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG ASING ! !

bergumbiralah duhai sahabat.

bicara cermin diri ! !



erm..sebelum cuti penggal ni habis.biar ada satu pesanan ringkas untuk semua.ringkas ke pendek ke..bukan itu jadi ukaran kan..sebab..ingat mengingatkan ni mmg suruhan agama..

fazakkir,fainna zikra tanfaul mukminin.(maka berikanlah peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat untuk orang mukmin..)

sebab..kita..we all..manusia..sifatnya.."nasiya" maksudnya.."lupa".
(lupa la pulak..aduyaiii..ape erk.)

haha..asyik lupa je..ok..tgok ni..senang je..tak payah bace panjang2..mesej pon senang smpai..
haa...sikit je nak ubah...bukan banyak pon..kita perlu ubah cara kita..
"BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL"
kan baik kalau kita sentiasa bermanis mulut.."PERCAKAPAN MENCERMINKAN BERIBADI"

senyum sokmo ! !   ..daa ~
 

Wednesday 14 March 2012

wahai pemilik cinta ! !

untuk pemilik cintaku.


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
 

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang


Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami


Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
...............
 
aku hanya mahu jadik yang terbaik untuk kamu..
seteguh cinta adam untuk hawanya
sbagaimana muhammad kepada khadijah
seperti kasih yusuf pada zulaikha
curahan sayang saidina ali kepada isterinya fatimah

sedikit pesanan : :
 
wahai orang2 beriman.peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Tuesday 13 March 2012

kisah sebenar punca pergolakan di Syria





PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
video kesatuan rakyat menentang rejim syria . SEMOGA ALLAH MEMBANTU RAKYAT SYRIA..amiin

#copypaste . ballingu anni walau ayah..

Sunday 11 March 2012

MANGKUK,MADU dan SEHELAI RAMBUT

assalamualaikum..
satu cerita yang menarik untuk sama-sama kita baca..hayati..dan seterusnya menyampaikan..

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Saidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
  
     
Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".



Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
 


'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".




Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambutcukup sekadar itu untuk hari ini..barakallah alaik ! !

pendakwah perlu jadi air mutlak ! !

assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi semua pembaca..
moga2 Allah menyediakan untuk kita taufiq hidayah serta perlindungan.

dah lama cuti dari arena blogging.bukan taknak update blog usang ni..tapi sebok sgt la..(kate kau)..

kisah perbualan antara Abu dan Jalil
JalilAbu

ABU : apa itu AIR MUTLAK,AIR MUSTAKMAL daaann AIR MUTANAJIS ? ?
JALIL : laa..hok tu pong mu nok tanyo ambo..mu ngoyak mu ngaji agamo..berat lagu ni..
ABU : ye la..aku skolah agama pon bukan semua ilmu agama aku tau jalil oii..sikit2 boleh la.
JALIL : bereh..lagu ni lah..bio ambo gi tanyo kat murabbi ambo dulu deh.
ABU : hololloh..(igtkan dah tau..gaya mcm pro.piirah)..wait3..nak tanya sikit..yang hang tetiba nak speaking  kelantan ngan aku ni apa hal. ? ?
JALIL : ouh..saje nak cuba bahasa serambi mekah..mana tau kot2 terlekat kat awek sana..blajaq siap2..
ABU : oo..gud idea ! ! mcm ni lah..biaq aku terang kat hang supaya anda jelas dgn persoalan tadi..

secara teori air mutlak tu air suci yang mensucikan..air jenis ni la yang kita ambik buat sembahyang tu..buat mandi wajib ke..air mutlak la..kite nak bersuci je..gune laa air ni..air mustakmal pulak..air yang suci tapi tak mensucikan..sifat air jenis ni suci tapi die x dapat nak mensucikan orang lain macam..air yang mase kite wudu' air yang jatuh dari tangan kite dan satu lagi air mazi..dapat ? ?

JALIL : ok2..i got it ! ! teruskan kuliahmu..

ABU : ok..air mutanajis pulak..air yang kotor dan tak dapat nak mensucikan..yer la..kan dah kotor..xkan nak suci pulak.air ni asalnye suci..tapi dicemari oleh najis yang jatuh yang dah ubah bau warna ngan rasa air tu sendiri..contoh nye..air kencing dan seumpama dengan nya..
JALIL : oo..jadi.. ? ?
ABU : point sebnar aku nak cakap kat hang ni..adalah..kita orang islam amnya dan pendakwah khususnya..kena jadi macam air mutlak..mcm ni..cantik kan..haa..
akhlak kita kena cantik..lawa..molek..baru boleh jadi pendakwah..kan sifat pendakwah tu baik..suci..pastu..kena la pulak mensucikan org lain..kita bersihkan kekotoran dalam jiwa manusia..kih3.

JALIL : yang hang dok gelak pasaipa..aku serius dengaq ni..khusyuk..
ABU : ok2..aku smbung..jgn jadik mcm air mustakmal.suci tapi tak mensucikan..pendakwah jenis ni mcm..die ni memang dah suci..dah baik dah..cuma die ni..mcm..mula mula baik..pastu berubah jadi trok..sbb ikut ckp org..mula2 dah berjaya sucikan anggota wudu' pastu dah lepas wudu' jadik x leh mensucikan dah..pendakwah yang dah dakwah ramai org pastu die plak yang terpesong..ni la pendakwah mustakmal..haha

JALIL : kirenye tak payah ikut la pendakwah yang mcm ni..
ABU ; x..ikut la ape yang btol..yang tak betol..tinggalkan la..
JALIL : ooo..last skali pendakwah mutanajis plak..aku tau..mesti jenis ulama su' kan.. ? ? die dari awal smpai habis nak pesongkan org je..trok betol..die ni nak ikut diri die sbb nak kuasa dan kemewahan je..banyak la ulama su' skarang ni..
ABU : wah..pandai kau ni rupenya..tak sia2 dok maahad..ermm..mmg la..nak bwat mcm mana..skarang ni kite la yang nak kene jadik pendakwah yang mcm air mutlak tu..
 JADI..PERBAIKILAH AMALAN KITA DAN PERBAIKILAH PULA AMALAN ORANG DI SEKELILING KITA..ok..see you again jalil..aku nak gi main badminton..assalamualaikum..
JALIL : waalaikumussalam(sob3.terkena batang hidung sendiri..) :(

ok..habis cerita..aku harap korang dapat apa yang baik dalan citer ni..daa..

Friday 27 January 2012

komik islam : sekudus nur lahi !!

bismillah dulu sebelum baca yer ! !
selamat mmbaca kawan kawan..








maaf..tulisan agak kabur..x leh nak besarkan lagi..moga2 brmanfaat untuk semua.
n_n

Wednesday 25 January 2012

merungkai permasalahan QADA solat ! !

assalamualaikum,bismillah..

kekadang terfikir.ade ke qada solat.sesetengah org kata ade qada solat.ade jugak yang kate takde qada dalam ibadah.jadi.buat la.research sikit..jumpe ape..

tadaa... !!  bukan gamba ni..


yang ini ha.. selamat mengadap n_n


Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran.Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.
Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.
Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).
Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.
Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.
Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

jadi..sesapa yang dah tertinggal solat..boleh la kita qada dan solat taubat..semoga Allah terima solat kita..jgn pulak kite fikir. 
"solat kan boleh qada..nanti2 boleh solat"itu dah berdosa.
lagi satu..kalau kita terlupa untuk solat atas alasan tertidur(khususnya solat subuh) and then kite bangun pukul 12.00 .a.m maka mase tu la kite kene selesaikan solat kita..

solat itu tiang agama.sapa yang tak solat.sama macam meruntuhkan agama.dan solat ni pelengkap syahadah kita saban hari.tinggal satu waktu.terputuslah syahadah kita.JAGALAH ALLAH,ALLAH PASTI MENJAGA KITA. 

Tuesday 24 January 2012

SIAPA MUHAMMAD ? ?

assalamualaikum..

kenali pekerti nabi muhammad yang kita sangjung..moh mmbace

CARA JALAN, BERCAKAP, KETAWA DAN JENAKA RASULULLAH S.A.W.

Sejahtera ke atas kamu wahai semua pembaca.. (^_^)




Membaca kisah Rasulullah s.a.w. memang seronok. Kalau kita hayati betul-betul, insya-ALLAH, boleh jatuh chenta.. Bagus la kan? Memang ALLAH dan Rasul-Nya yang paling layak untuk dicintai dahulu sebelum yang lain-lain... Sesungguhnya segala perbuatan dan percakapan dari Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebagai panduan kepada kita, supaya kita jadikan ia sebagai contoh. Bukan setakat suka-suka tahu je, kita kena la ikut sekali. At least cuba. Insya-ALLAH hidup kita lebih mudah dan tenang apabila mengikut sunnah baginda..


Kali ni nak cerita tentang perwatakan-perwatakan Nabi s.a.w. pulak..


1. Rasulullah s.a.w. yang Aktif Berjalan


Nabi s.a.w. kita berjalan sangat aktif dan laju sampai para sahabat kena gigih kejar baginda. :)
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah s.a.w. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan aku tidak pernah seorang yang terlalu lasak berjalan selain baginda s.a.w. seolah-olah bumi bergulung untuknya. Jika pada satu masa baginda di sini, sebentar lagi akan kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketika baginda berjalan secara biasa, namun kami yang mengikuti baginda terpaksa melangkah dengan susah-payah (terpaksa berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)"


Nabi Muhammad s.a.w. tidak jalan berlenggang seperti wanita. Baginda s.a.w. berjalan seolah-olah menuruni tempat tinggi. Sangat lasak dan energetic.
Daripada riwayat Ibrahim ibn Muhammad:
"Ali r.a. menerangkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga."







Apabila berjalan, Nabi s.a.w. akan membiarkan para sahabatnya mendahului baginda s.a.w.
Seperti yang diriwayatkan oleh Hind bin Halah:"...Apabila baginda (s.a.w.) berjalan di kalangan sahabat-sahabat, baginda s.a.w. tidak akan mendahului mereka."


Kenapa Rasulullah s.a.w. berjalan di belakang dan bukan hadapan sahabat, sedangkan baginda adalah ketua mereka?
1. Nabi s.a.w. tidak berjalan di hadapan sahabat-sahabatnya disebabkan sifat tawaduk yang dimiliki baginda. Berjalan di hadapan orang lain adalah amalan orang angkuh dan ujub sebagai tanda kemuliaan, taraf dan maruah mereka.2. Nabi s.a.w. juga lebih gemar berjalan di belakang untuk memudahkan baginda membantu sahabat yang memerlukan pertolongan seperti keciciran barang.3. 'Allamah Baijuri mengatakan malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah s.a.w., oleh itu baginda akan membiarkan sahabat berjalan di hadapan.4. Nabi s.a.w. seorang pembimbing yang pengasih. Apabila berada di belakang, baginda dapat melihat kesalahan dan kekurangan yang dilakukan oleh sahabat lalu membetulkannya.

2. Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas, lancar dan padat supaya pendengar dapat memahami dan mengingati sabdanya dengan baik.

Riwayat dari Aisyah R.A.:

"Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas supaya dengan demikian sahabat-sahabat dapat menghafalnya dengan mudah."

Apabila bercakap, Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan bercakap cepat dan akan bertutur dengan lancar sehingga orang yang mendengar akan memahami bahagian-bahagian ayatnya. Baginda s.a.w. akan bercakap dengan jelas supaya orang yang hadir dalam majlisnya akan dapat memahami sebaik-baiknya.

Riwayat dari Anas r.a.:

"Rasulullah s.a.w. kadangkala mengulangi (mengikut keperluan) sabda-sabdanya sebanyak tiga kali supaya para sahabat dapat mengikutinya dengan pengertian."

Riwayat ini bermaksud apabila Nabi s.a.w. ingin menerangkan sesuatu hal yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Pengulangan tiga kali itu merupakan batasannya. Jika tidak baginda hanya akan menyebut sekali.







Nabi s.a.w. seorang yang pendiam. Baginda tidak bercakap kecuali apabila perlu.

Daripada satu riwayat yang panjang, Imam Hasan r.a. menerangkan tentang sifat Nabi s.a.w yang sentiasa tenggelam dalam keresahan memikirkan tentang ALLAH, sifat-sifat-Nya dan Hari Akhirat. Oleh itu baginda jarang bercakap kecuali benar-benar perlu. Percakapan yang ringkas dan membawa pelbagai makna merupakan mukjizat kenabian baginda.


Nabi s.a.w. bercakap dengan sopan dan tidak biadab untuk mengelakkan orang lain tersinggung.
Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah biadab apabila bercakap, walaupun ketika memberi nasihat. Ketika memberi teguran dalam majlis baginda tidak akan menyebut nama sesiapa untuk mengelakkan orang itu dicela oleh orang lain. Nabi s.a.w lebih suka menegur secara umum.

"Tentang dunia dan perkara-perkara duniawi, Rasulullah s.a.w. tidak akan tersinggung tetapi jika perkara itu melampaui batas-batas agama dan kebenaran, seorang pun tidak akan terlepas dari kemurkaannya..."

Nabi Muhammad s.a.w. akan menghukum sesiapa yang bercakap atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama, namun hukuman itu hanya dilaksanakan selepas bukti-bukti yang kukuh diperoleh.

".. Jika Rasulullah s.a.w. terkejut, baginda akan membalikkan tangannya. Ketika bercakap, baginda akan membuat gerakan isyarat dan kadangkala menepuk telapak tangan kanan dengan telapak tangan kirinya. Jika baginda murka maka baginda akan mengalihkan wajahnya daripada orang itu: sama ada tidak memberi perhatian kepadanya atau memaafkannya. Jika baginda gembira, baginda akan seolah-olah menutup matanya disebabkan kesopanannya. Ketawanya hanyalah senyuman, dan ketika ketawa akan terserlah giginya yang mulia seolah butiran hujan batu yang bercahaya."

3. Ketawa Rasulullah s.a.w yang Menawan









Ketawa Rasulullah adalah senyuman.
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa:

"Betis Rasulullah s.a.w. kecil (tidak gemuk) dan ketawanya tidak lebih dari hanya senyuman. Apabila aku menemuinya, aku pernah memikirkan baginda menggunakan celak pada matanya, namun sebenarnya baginda tidak mencalitkan apa-apa celak pada matanya."

Pada tepi kelopak mata Rasulullah s.a.w. ada warna celak yang semulajadi, maka dengan itu mata baginda s.a.w. seolah-olah dikenakan celak.

Abdullah Ibn Harith r.a. meriwayatkan:

"Aku tidak melihat seorang yang lebih banyak senyum daripada Rasulullah s.a.w."

Riwayat ini bermaksud Nabi s.a.w. mempunyai kebiasaan tersenyum daripada ketawa.

Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa setelah keIslamannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menghalang beliau daripada mengikuti majlis baginda s.a.w., dan bilamana Rasulullah s.a.w. melihat beliau, baginda pernah ketawa.

Dalam hadis lain dinyatakan baginda tersenyum.



Kisah-kisah yang Menyebabkan Rasulullah s.a.w. Ketawa

Daripada riwayat Abu Dzar r.a. terdapat kisah ini:

Pada satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui orang yang pertama sekali akan masuk ke dalam syurga dan orang terakhir yang keluar darinya..." Baginda pun menceritakan sebuah kisah kepada para sahabat..

" Pada hari kiamat, akan dihadapkan seseorang , maka malaikat yang bertugas akan memperlihatkan dosa-dosa kecil orang itu dan menyembunyikan dosa-dosanya yang besar. "Engkau telah melakukan itu dan ini pada masa itu dan ini.." kata Malaikat. Orang itu membenarkan apa yang dikatakan malaikat. Sebenarnya dia lebih bimbang akan dosa-dosa besarnya. ALLAH s.w.t. pun memerintahkan malaikat supaya memberikan kebaikan kepadanya untuk menggantikan segala kejahatan yang pernah dilakukannya. Apabila mengetahui perintah ALLAH itu, orang itu pun berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku masih mempunyai dosa yang tidak diperlihatkan lagi!"

Selepas itu Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya.

Satu lagi kisah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. ketawa adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ini:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui tentang penghuni neraka yang terakhir keluar. Ia adalah seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan merangkak..."

Dikatakan kepada lelaki itu: "Masuklah kamu ke dalam syurga."

Orang itu pun masuk ke dalam syurga namun mendapati syurga itu telah penuh. Dia pun mengadu kepada ALLAH s.w.t.: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya syurga itu telah penuh!"

Dikatakan kepada lelaki itu: "Adakah engkau masih ingat pada zaman engkau hidup di dalamnya?"

"Ya," jawab orang itu.

"Berangan-anganlah kamu."

Maka orang itu pun berangan-angan tentang syurga.

Lalu dikatakan kepada orang itu: "Untuk kamu syurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia sebagaimana yang engkau angankan."

Kata lelaki itu: "Engkau memperolok-olokkanku dan Engkau adalah Penguasa."


Selesai bercerita, Abdullah bin Mas'ud mengatakan beliau melihat Rasulullah s.a.w. tertawa (tersenyum) sehingga menampakkan gigi gerahamnya.


Walaupun sering tenggelam di dalam pemikirannya (bertakafur), namun Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa tersenyum untuk menghiburkan hati para sahabat yang dikasihinya. Segaris senyuman daripada Rasulullah s.a.w. sudah memadai buat para sahabat untuk mengetahui bahawa perbuatan mereka diterima. Jika baginda terus-menerus tenggelam dalam tafakurnya, maka sudah tentu para sahabat menganggap diri mereka tidak disenangi Nabi s.a.w. Betapa pengasihnya Nabi kita :)







4. Gurauan dan Jenaka Rasulullah s.a.w.




Dibuktikan bahawa Rasulullah juga berjenaka, namun baginda melarang melakukan kelakar yang menyebabkan orang ketawa terbahak-bahak.



Larangan Nabi s.a.w. ini sangat berasas kerana jenaka yang berlebihan akan menyebabkan hati menjadi keras dan tidak mengingati ALLAH s.w.t. Jenaka yang melampau juga boleh membawa kepada penghinaan dan menyinggung perasaan orang lain.


Sifat berjenaka dan periang adalah relevan ada pada Nabi s.a.w. memandangkan baginda merupakan role model dan dikagumi ramai. Jika beliau tidak ramah dan periang, maka mestilah menjadi kesukaran buat orang ramai untuk berhubung dan mengambil manfaat daripadanya. Lebih-lebih lagi, golongan yang bertaqwa dan mulia akan menuruti setiap perlakuan Rasulullah s.a.w. Jika baginda seorang yang tidak senyum dan tidak periang, maka golongan ini juga akan menjauhkan diri mereka dari senyuman dan keriangan. Sikap ini akan memberi kesukaran kepada mereka yang hadir untuk memperoleh keberkatan. Maha Suci ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa mencucuri rahmat dan berkatNya yang tidak terhingga ke atas Rasulullah s.a.w. yang telah mempusakai jalan-jalan kemudahan buat umatnya.. :)







Sufyan Ibn Asiyniyah mengatakan jenaka adalah satu sunnah tetapi hanya pada mereka yang tahu masanya dan tahu membuat jenaka yang baik.




Pemilik Dua Telinga
Daripada Anas r.a. meriwayatkan pada suatu masa Rasulullah s.a.w. memanggilnya, "Wahai pemilik dua telinga." Setiap manusia mempunyai dua telinga. Rasulullah s.a.w. mesti mempunyai sebab tertentu untuk memanggil dengan gelaran sedemikian. Kemungkinan beliau mempunyai telinga yang besar atau mempunyai daya pendengaran yang tajam.


Rasulullah s.a.w. Menghiburkan Kanak-kanak
Anas r.a. juga mengatakan Rasulullah s.a.w. memag kerap berjenaka apabila bertemu dengan para sahabat. Pada suatu hari, kebetulan beliau mempunyai seorang saudara yang lebih muda (adik). Baginda s.a.w. pun berjenaka dengannya: "Wahai Abu Umair! Ke mana perginya nughairmu?"Nughair adalah nama sejenis burung yang kecil yang pernah dibela oleh kanak-kanak tersebut.







Berjenaka Bukan Berdusta
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berjenaka. Kata Abu Hurairah, "Wahai Rasulullah! Tuan juga berjenaka dengan kami!" Balas Rasulullah s.a.w, "Ya, tetapi aku tidak berkata dusta."



Rasulullah s.a.w. Bermain bersama Zahir Ibn Haram r.a.
Seperti yang diriwayatkan oleh Anas r.a. Ada seorang penghuni hutan bernama Zahir Ibn Haram r.a. Beliau sering membawa hasil hutan seperti sayur-sayuran sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. Apabila beliau ingin pulang ke rumahnya dari Madinah, Rasulullah s.a.w. akan memberinya hadiah yang berupa barang-barang bandar yang boleh dimakan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Zahir adalah hutanku dan aku adalah bandarnya."

Wajah Zahir dikatakan tidak menarik namun Rasulullah s.a.w. memberi perhatian yang istimewa kepadanya. Pernah suatu ketika Zahir r.a. sedang berdiri menjual barang-barangnya. Rasulullah s.a.w. secara senyap-senyap berdiri di belakang Zahir lalu menangkapnya.

"Siapa ini? Lepaskan aku," kata Zahir. Tetapi Zahir dapat melihat dari ekor matanya bahawa yang mengusiknya adalah Rasulullah s.a.w. Maka secara berhati-hati beliau menekan belakangnya ke dada Rasulullah s.a.w.

"Siapa yang mahu membeli hamba ini?" Tanya Rasulullah s.a.w. secara berjenaka.

"Wahai Rasulullah!" jawab Zahir r.a. "Jikalau tuan mahu menjual saya, tuan hanya akan dapat tawaran harga yang murah disebabkan kecacatan yang saya miliki."

"Tidak," sahut Rasulullah s.a.w. "Di sisi ALLAH s.w.t., kamu tidak ada kecacatan, malahan kamu sangat berharga."





Unta Betina
Anas r.a. menceritakan:

Pada suatu hari seorang lelaki meminta dari Rasulullah s.aw. supaya ia dibawa menaiki kenderaan. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Baiklah, aku akan membawa kamu menaiki unta betina."

"Ya Rasulullah, apakah yang dapat aku lakukan dengan unta betina itu?" kata lelaki itu.

Jawab Rasulullah s.a.w.: "Bukankah unta itu dilahirkan oleh unta betina juga?"


Orang Tua tidak Masuk Syurga
Hasan Basri r.a. menceritakan seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah s.a.w.

"Ya Rasulullah! Doakanlah agar ALLAH s.w.t. masukkan aku ke dalam syurga," pinta wanita tua tersebut.

"Orang tua tidak boleh masuk syurga," jawab Rasulullah s.a.w.

Maka pulanglah wanita tua itu sambil menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Beritahulah pada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga sebagai wanita tua kerana ALLAH s.w.t. akan menjadikan kesemua wanita syurga menjadi anak dara."

Maksud Rasulullah s.a.w., lelaki dan wanita tua tidak akan masuk syurga dengan keadaan diri mereka yang telah lanjut usia dan nyanyuk, sebaliknya akan dimasukkan sebagai jejaka dan wanita muda. ^_^



Firman ALLAH s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok) dan janganlah wanita-wanita memperolok-olokkan wanita lain (kerana) boleh jadi wanita yang (diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada (wanita yang memperolok-olokkan itu) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri."

copypaste#

Monday 23 January 2012

I LOVE YOU !! DO YOU LOVE ME ? ?


ASSALAMUALAIKUM..
harini mudah je..cuma baca komik yg tertera di bawah..

'Balaslah cinta Allah melalui membalas segala nikmat dan rahmat yang diberikan dengan sentiasa melakukn suruhan dan meninggalkan larangan."

Friday 13 January 2012

seorang lelaki menjawab soalan tujuh wanita ! !

Assalamualaikum..
beruntunglah wanita ! !
JANGAN MENGELUH WAHAI WANITA ! !

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.


Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu.

#copypaste.