-

Tuesday 22 January 2013

dunia kita ! !

assalamualaikum.

sekian lama hidup didorong rasa terkongkong,kini aku mengerti keberadaan aku dibumi tarbiyah sekolah agama mmberi makna yang sungguh menggamit sanubari.tiap kali pulang ke medan tarbiyah setelah pulang bercuti.kami sebagai pelajar akn diasuh agar menjadi insan yang faham akan hidup sebagai seorang pendakwah.biar dunia bergoncang namun tiada sekelumit kegagalan yang terpalit pada wajah pelajar bumi tarbiyah ini. 

tidak dapat aku nafikan ramai dikalangan sahabat dan rakan-rakan yang agak terbelakang dalam pergerakan dakwah di sekolah.tetapi apabila kami selesai mengalami proses tarbiyah di sana,aku sedar jiwa islam sedikit sebanyak mengubah cara hidup kami berbanding rakan-rakan di sekolah biasa.


biar dunia diasak dengan ancaman durjana,
biar kehidupan diancam kemewahan dunia,
biar tiap ketika bumi dilambung gelora kamaksiatan,
kuyakin sinar akan dipancarkan kembali oleh wira-wira pelajar agama
kami pasti akan membawa kegemilangan dari pelbagai sudut dunia
kita bakal mewujudkan kembali kesinambungan dunia

kerana kita telah diterap nilai sebenar seorang manusia
kerana jiwa kita tidak lari dari fitrah agama
kerana sanubari kita cekal menongkah arus berbekal takwa.

walaupun kita merasa diri kita hina,sedarlah perasaan itulah yang membawa kita kepuncak takwa.buangkanlah perasaan nafsi-nafsi yang membentengi diri.kita bersama.bagaikan pelbagai anggota dalam jasad yang sama.jangan mengeluh dengan agama,kerana tuhan pasti membela.

aku lain.aku bukan macam pelajar lain,hafal hadis pun sepatah dua,nak bahas agama pun,gagap  pelat sebutannya.
kerana sepatah dua itulah engkau mulia,kerana gagap dan pelat itulah engkau telah berjaya,sedarlah..kerana itu kita dicipta.untuk martabatkan agama.

No comments:

Post a Comment